NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini dirujuk sebagai "PDPA"), yang mengawal selia pemprosesan data peribadi untuk tujuan transaksi komersial, adalah terpakai terhadap Oxley Rising Sdn. Bhd. dan/ atau kumpulan syarikat (selepas ini dirujuk sebagai "Oxley"). Untuk tujuan notis bertulis ini, terma-terma "data peribadi" dan "pemprosesan" mempunyai maksud sepertimana yang ditakrifkan dalam PDPA.

  1. Notis bertulis ini (selepas ini dirujuk sebagai "Notis") bertujuan untuk memaklumkan kepada anda tujuan kami mengumpul, mengguna, dan mendedahkan data peribadi anda.
  2. Jenis-jenis data peribadi (tidak lengkap) yang kami mengumpul dan memegang (yang mana berkaitan sahaja):-
    1. gelaran, nama, umur, jantina, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, nombor pasport;
    2. nombor telefon, pekerjaan, alamat, alamat e-mel, bangsa, agama, status perkahwinan, pendapatan; dan
    3. maklumat lain yang berkaitan untuk membolehkan Oxley memberikan anda dengan perkhidmatan dan produk Oxley.
  3. Data peribadi yang/ akan dikumpulkan, diggunakan dan/ or diproses oleh Oxley adalah untuk, antara lain, tujuan berikut (selepas ini dirujuk sebagai "Tujuan"):-
    1. untuk pendaftaran akaun pengguna dengan Oxley (jika berkaitan);
    2. untuk penyimpanan rekod dalaman dan tujuan pentadbiran;
    3. untuk menyediakan dokumen urusan jualan dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan;
    4. untuk menghantar jemputan ke pelancaran hartanah Oxley, bahan promosi, iklan untuk tujuan pemasaran;
    5. untuk penilaian dan analisis pasaran, pelanggan Oxley, dan/ atau bakal pelanggan berhubung dengan hartanah dan perkhidmatan Oxley;
    6. untuk memaklum dan mengesyorkan hartanah yang menyerupai hartanah yang telah dibeli oleh anda sebelum ini (jika ada);
    7. untuk mematuhi sebarang undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod yang berkaitan dengan Oxley; dan
    8. sebarang tujuan yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Oxley.
  4. Pihak-pihak yang data peribadi anda mungkin didedahkan/ disebarkan kepada:-
    1. mana-mana pihak yang dikehendaki oleh undang-undang daripada Oxley atau sebagai tindak balas kepada agensi berwibawa atau kerajaan;
    2. mana-mana pihak yang berkaitan, syarikat gabungan dan anak syarikat Oxley;
    3. juruaudit Oxley, perunding, akauntan, peguam atau lain lain penasihat kewangan atau professional;
    4. rakan perniagaan Oxley berhubung dengan penyediaan produk dan perkhidmatan Oxley kepada anda;
    5. agensi-agensi kerajaan, badan berkanun dan pengawal selia industri;
    6. syarikat pengurusan hartanah berhubung dengan pengurusan hartanah yang dibeli oleh pelanggan (jika ada); dan
    7. mana-mana pihak di luar Malaysia (jika anda bersetuju dengan yang sama atau jika ia adalah demi kepentingan anda atau jika ia adalah dibenarkan di bawah PDPA).
  5. Ia adalah amalan kami untuk mengekalkan semua data peribadi hanya untuk tempoh yang diperlukan untuk perlaksanaan perkhidmatan-perkhidmatan kami kepada anda.
  6. Kami akan mengambil langkah-langkah praktikal untuk melindungi data peribadi anda dari apa-apa kehilangan, salah guna, pengubahsuaian, akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja dengan mengekalkan rekod kami, sama ada elektronik atau selainnya, dan juga dengan menyediakan latihan yang mencukupi kepada kakitangan kami pada pengendalian data peribadi.
  7. Anda boleh, melalui pembayaran fi yang ditetapkan oleh Peraturan-peraturan Perlindungan Data Peribadi (FI) 2013 membuat permintaan secara bertulis untuk mengakses maklumat di mana-mana data peribadi anda yang sedang diproses oleh Oxley; atau meminta untuk pembetulan data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau mengelirukan.
  8. Kegagalan untuk mendapatkan data peribadi anda akan mengakibatkan yang berikut:-
    1. Oxley tidak akan dapat memberikan anda maklumat terkini mengenai produk dan/ atau perkhidmatan dan/ atau pelancaran hartanah Oxley;
    2. Oxley tidak akan dapat menyediakan anda dengan apa-apa notis, perkhidmatan dan/ atau produk yang telah diminta oleh anda; dan
    3. menjejaskan keupayaan pihak-pihak yang berkaitan untuk memasuki perjanjian yang diperlukan dan dokumen-dokumen yang berkenaan dengan penjualan dan semua transaksi yang berkaitan hartanah Oxley dan/ atau transaksi lain yang berkaitan.
  9. Anda boleh pada bila-bila masa menarik balik kebenaran anda kepada pemprosesan data peribadi anda bagi mana-mana atau kesemuanya Tujuan yang dihuraikan dalam Notis ini secara bertulis dan kita akan berhenti memproses data peribadi anda dari tarikh penerimaan melainkan kami diarahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan atau dibenarkan oleh undang-undang.
  10. Notis data peribadi ini diterbitkan dalam dua versi, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia ke atas Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
  11. Untuk sebarang pertanyaan, hantarkan pertanyaan anda berhubung dengan akses atau pembetulan dan/ atau pemadaman data peribadi anda atau untuk mendapatkan maklumat mengenai dasar-dasar dan prosedur dan jenis data peribadi dikendalikan oleh kami, sila hubungi Oxley:-
    Emel kepada: info@oxleymalaysia.com
    Faks kepada kami melalui: +603-21662000
    Tulis kepada kami di: Suite 10-2, Level 10, Menara Atlan, 161B Jalan Ampang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia